Sunday, July 31, 2016

KEJAM! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Hingga Mati Hanya Kerana 90Sen

NEW DELHI: Seorang lelaki dipancung dan isterinya ditetak hingga mati selepas berlaku pergelutan dengan pekedai runcit pada Khamis, lapor pihak berkuasa di India.

Pembunuhan itu berlaku di daerah Mainpuri, Utara India berdekatan Uttar Pradesh.

Pasangan yang berada dalam kasta terendah hierarki India tersebut dikatakan telah berhutang dengan pemilik kedai yang dikenali Ashok Mishra sebanyak 90sen (15 rupee) dan mereka tidak mampu untuk membayar semula wang tersebut.

Menurut polis, saksi yang berada di tempat kejadian berkata pasangan Bharat dan Mamta meminta untuk tangguhkan bayaran sehingga hujung bulan kerana belum menerima gaji sebagai pekerja buruh.



Selepas pertengkaran berlaku sehingga pukul 6 pagi, Mishra pulang ke rumah untuk mengambil kapak dan menyerang pasangan itu sehingga mati.
"Masih tidak jelas sama ada pemilik kedai itu mempunyai dendam ataupun tidak terhadap pasangan berkenaan.
"Penyerang telah membuat pengakuan jenayah kepada polis dan peranan isterinya dalam kejadian ini masih belum jelas. Kami sedang menyiasat.
"Kami juga sedang menyiasat beberapa saksi untuk mengetahui mengapa tidak ada orang yang cuba untuk menghentikan tindakan suspek," kata pegawai polis, Digambar Kushwaha.
Tambahnya, suspek turut memberitahu polis bahawa pasangan itu turut didera secara lisan olehnya.

Penyerang dan isteri telah ditangkap dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas.

Menurut pihak berkuasa, Bharat dan Mamta meninggalkan empat orang anak dan tiga daripada mereka masih di bawah umur.

Sumber Mstar Online

KEJAM! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Hingga Mati Hanya Kerana 90Sen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.