Monday, July 4, 2016

KECOH! Penumpang Rayani Air BENGANG Nyaris Tidak Pulang Berhari Raya

PETALING JAYA: Beberapa keluarga dan pelanggan Rayani Air nyaris tidak pulang berhari raya akibat pembatalan penerbangan melibatkan tiket bernilai sehingga ribuan ringgit.

Ia merupakan dugaan besar buat salah seorang penumpang yang buat pertama kali berpeluang untuk berhari raya di kampung halaman selepas tidak dapat melakukannya sejak tiga tahun lalu.

Dengan kerinduan yang amat sangat terhadap keluarganya di Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu, suri rumah, Anrada Dimulu, 38, merancang untuk pulang bersama suami dan tiga anaknya.
"Kami rindu sangat, jadi suami mengambil cuti selama dua minggu untuk kami berhari raya di kampung.
"Kami berjaya dapatkan tiket Rayani Air hampir RM2,000 tetapi nak buat macam mana, tiket yang dibeli telah dibatalkan," katanya.

Anrada atau Ann berkata, dia dan suaminya terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket penerbangan baharu.
"Tetapi harga tiket dah semakin mahal untuk penerbangan terus ke Kota Kinabalu, dengan keadaan suami sahaja yang bekerja dan anak-anak yang perlu ditanggung lagi.
"Kami akhirnya berjaya dapat cari cara lain dengan membeli tiket ke Labuan dan kemudian terpaksa menaiki feri untuk ke Kota Kinabalu," katanya sambil menambah ia merupakan pertama kali dalam hidupnya pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur melalui Labuan.
Seorang lagi penumpang Rayani Air terpaksa melupakan hasrat untuk membuat persiapan Aidilfitri selepas membeli tiket penerbangan  alternatif dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Hanya mahu dikenali sebagai Jaafar, 46, hari raya kali ini cukup bermakna kerana anaknya yang baharu lahir buat pertama kali akan bertemu neneknya.
"Kerana faktor masa dan kos, kami enam sekeluarga sukar untuk pulang ke kampung. Jadi, Aidilfitri kali ini bakal menjadi sesuatu yang istimewa kerana kami akan pulang bersama anak yang baru berusia beberapa bulan.
"Tetapi tak sangka pula nasib Rayani Air turut menimpa kami. Terpaksalah cari alternatif lain, kena tambah belanja lagi, saya bukannya bergaji besar," katanya dengan nada terkilan.
ARTIKEL MENARIK:- Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? Ternyata Ini Sebabnya!!!

Menurut Jaafar yang bertugas dalan bidang perhotelan, dia terpaksa memotong perbelanjaan lain akibat pembelian tiket baharu.
"Dengan perbelanjaan baharu hampir RM3,000, bajet saya untuk raya dah 'lari' kerana saya perlu juga bawa wang untuk diberi kepada keluarga di kampung.
"Hari Raya kali ini tak fikir sangat nak baju baru ke, sebab apa yang lebih penting kami dapat pulang berhari raya di Kuching," katanya
Jaafar mendakwa, Rayani Air telah mengeluarkan cek bertarikh 30 Jun sebagai bayaran balik tambang tetapi malangnya ia merupakan cek tendang selepas dideposit ke dalam akaun bank.

"Saya dapat pemberitahuan daripada pihak bank berhubung cek tendang. Sudahlah tiket dibatalkan, kena cari alternatif, bayaran balik pula tak dapat lagi disebabkan cek tendang," katanya.
Sementara itu, Mas Ayu Mohd Yusof, 32, berkata, walaupun tiket yang dibeli bukan untuk tujuan berhari raya tetapi dia masih kerugian hampir RM4,000 akibat pembatalan penerbangan Rayani Air.

Katanya, ia merupakan pembelian untuk rombongan seramai 12 orang ke Kota Kinabalu pada September depan.

Mas Ayu turut mendakwa menerima cek tendang daripada syarikat penerbangan itu.
"Saya dah penat, buang masa, tenaga dan wang untuk turun naik pejabat Rayani Air beberapa kali bagi menuntut bayaran balik tambang, tetapi akhirnya apa yang dapat adalah cek tendang," luahnya dengan kesal.
Jumaat lalu, dilaporkan sekumpulan penumpang Rayani Air yang lain membuat laporan polis bagi menuntut syarikat itu membayar semula wang pembatalan penerbangan.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam, dekat pejabat Rayani Air.

Difahamkan, pejabat Rayani Air telah ditutup lebih awal sejak Jumaat lalu dengan notis pemberitahuan bahawa penutupan itu sempena cuti Aidilfitri.


Pada 27 Jun lalu, Rayani Air membuat pengumuman mengenai bayaran balik tambang, di akaun rasmi Facebook syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut telah ditarik balik, sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan pelanggan dan membawa mereka datang ke pejabat Rayani Air untuk membuat tuntutan seperti yang dijanjikan.

Terdahulu, Rayani Air memberi jaminan untuk menyelesaikan bayaran balik wang penerbangan sebelum Aidilfitri.

Pada 13 Jun lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuat keputusan membatalkan Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) syarikat penerbangan itu sekali gus Rayani Air tidak lagi dibenarkan beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

KECOH! Penumpang Rayani Air BENGANG Nyaris Tidak Pulang Berhari Raya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.