Monday, July 11, 2016

Kecoh Isu Keluarkan Kenyataan Kritik Kisah Hidup P.Ramlee, David Teo Tampil Beri Penjelasan!

Tidak mahu isu beliau yang mengkritik penghujung kehidupan P.Ramlee yang tidak dilimpahi kemewahan menjadi lebih panjang, penerbit David Teo menjelaskan beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina P.Ramlee.


David juga sebenarnya cukup menghormati P.Ramlee sebagai insan yang cukup berbakat. Buat David, beliau yakin apa yang berlaku cuma satu salah faham sahaja.
"Saya sebagai penerbit sangat mengagumi karya-karya beliau yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’. Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.
ARTIKEL MENARIK:- Zed Zaidi Sifatkan 'Kenyataan' David Teo Biadab, Kurang Ajar! 
"Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.  Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.
"Sehubungan itu, dengan rendah hati  ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kaum  keluarga P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu berkenaan yang cukup hangat sekarang.
Baguslah kalau David Teo sudah memohon maaf dan tidak mahu isu ini berlarutan.  Bak kata pepatah, sebelum berbicara kita kena fikir risikonya dahulu.

Kecoh Isu Keluarkan Kenyataan Kritik Kisah Hidup P.Ramlee, David Teo Tampil Beri Penjelasan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.