Wednesday, July 13, 2016

Juliana Evans Akui Jalin Hubungan Cinta Dengan 'Seseorang'... Identiti Sebenar DIDEDAHKAN!

Sikap terbuka apabila bercakap mengenai soal hubungan percintaannya dengan seorang jejaka kerabat diraja membuatkan Juliana Evans senang membuka mulut mengenai hubungan itu kepada umum. Namun akuinya, walaupun beliau tidak kisah bercerita mengenainya, dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini.
“Buat waktu ini, saya masih selesa menikmati kehidupan solo sebegini terlebih dahulu. Saya belum lagi bersedia untuk ke arah perkahwinan. Malah saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis yang lain telah berkahwin. Tetapi bagaimanapun InsyaAllah, setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya di kemudian hari.
 
“Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” katanya.


Bercakap mengenai sikap keterbukaannya tentang hubungan istimewa itu, Jue berkata bahawa tindakannya itu dilakukan kerana tidak mahu mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Baginya, peminat sering memikirkan pelbagai perkara negatif sepertimana dulu beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Terdahulu, Jue pernah memuat naik sekeping gambar mesra bersama seorang jejaka yang masing sedondon memakai baju berwarna sama pada satu majlis. Gambar yang tidak mempunyai sebarang kepsyen itu terus menjadi tanda tanya daripada peminat. Tidak lama selepas itu, beliau mengakui hubungan itu sudah terjalin hampir mencecah setahun.

Juliana Evans Akui Jalin Hubungan Cinta Dengan 'Seseorang'... Identiti Sebenar DIDEDAHKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.