Thursday, July 14, 2016

Isu Hina P.Ramlee, Inilah Teguran PEDAS Sazali Boleh Buat David Teo MASAK!!!

Ahli keluarga mana yang tidak terkilan apabila insan yang telah pergi dikaitkan dengan perkara yang sebaliknya. Bagi anak Allahyarham P. Ramlee iaitu Sazali, perkara tersebut ternyata membuatkan dirinya sedih walaupun telah memaafkan David Teo di atas kenyataannya yang menimbulkan kontroversi.
“Selama saya lahir hingga ayah meninggal (dunia) ketika usia saya 15 tahun, belum pernah kami miskin atau tidak makan. Kakak angkat saya, Dian, ada memaklumkan kepada saya David (Teo) menghubunginya bagi meminta maaf”

“Bagi saya, anak arwah yang masih hidup tentu tiada masalah memberi kemaafan, tetapi bagaimana dengan bapa saya? Rasanya lebih bagus kalau dia sendiri ke kubur P. Ramlee. Buat pengetahuan semua, sepanjang saya tinggal dengan bapa, kami anak-beranak diberi kehidupan yang sangat sempurna”
“Cukup makan pakai, malah bapa saya juga sentiasa menghulur bantuan kepada orang lain yang meminta pertolongan daripadanya tanpa mengharapkan sebarang balasan,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan David Teo terhadap P. Ramlee yang dikatakannya sebagai hidup merempat pada penghujung usia mendapat pelbagai kritikan daripada penggiat seni dan juga warga laman sosial. 

Isu Hina P.Ramlee, Inilah Teguran PEDAS Sazali Boleh Buat David Teo MASAK!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.