Monday, July 4, 2016

Isteri Terlantar Sakit Di Hospital Hidap Kanser Tahap 4, Suami Datang Bagi 'Surprise'

Tergamak hati seorang suami dikala isteri sedang terlantar di hospital menghidap kanser Rahim tahap 4, tanpa rasa bersalah si suami datang dan menyerahkan surat penceraian? Tak dapat kami bayangkan betapa besar dugaan yang menimpa wanita tersebut. Kalau betul dah takda rasa cinta, secara logik akal, apa salahnya tunjuk belas kasihan, teman dan beri sokongan disaat dia memerlukan suami disisi?


Menurut perkongsian daripada Mohd Faizal, wanita itu tidak henti-henti menangis sejurus menerima surat berkenaan. Netizen berang dengan tindakan suami yang tidak bertanggungjawab itu dan turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa wanita tersebut.
"Di saat si isteri merana kanser rahim stage 4, mengharap kasih si suami meneman dan memberi sokongan, si suami tanpa perikemanusiaan datang ke hospital membawa sepucuk surat perintah hadir mahkamah tuntutan cerai oleh si suami.
"Pesakit terbaring bercuraian air mata, tidak mampu mengangkat kepala apatah lagi merayu pada suami. Pergi mampus kisah cinta. Aku rasa semua itu tidak wujud.
ARTIKEL MENARIK:-  Ustaz Ni Cakap Dekat Atuk Kalau Nak Cepat Dapat Anak, 'SATU' Je Syaratnya!

Inilah cabaran perkahwinan, sebelum berkahwin, bermacam-macam janji diberi, bila dah kahwin lain pula jadinya. Mungkin tak semua seperti ini, namun contoh yang ada ini boleh kita ambil sebagai peringatan dan pengajaran. 

Isteri Terlantar Sakit Di Hospital Hidap Kanser Tahap 4, Suami Datang Bagi 'Surprise' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.