Saturday, July 23, 2016

(GAMBAR) Sekitar Kemeriahan Majlis Pertunangan Amar Baharin & Amyra Rosli

Selepas pengumuman mengenai status hubungan cinta mereka diadakan beberapa hari lalu, maka semalam berlangsunglah sebuah majlis yang cukup indah dimana pasangan merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup petang semalam di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.


Memetik laporan Berita Harian Online, majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pasangan, Amyra kelihatan begitu anggun seperti puteri mengenakan busana berwarna putih. Manakala Amar pula hadir segak dengan kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon pada majlis pertunangan mereka yang diadakan di rumah pihak perempuan.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah. Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini bertindak mengumumkan berita gembira TAHNIAH! Amar Baharin & Amyra Rosli NIKAH November Ini... Tarikh Sebenar DIDEDAHKAN!!!

Terdahulu, ibu Amyra, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar didalam hidup anak perempuannya itu begitu disenangi ramai dan merupakan calon suami terbaik buat Amyra.







ARTIKEL MENARIK:- Nikah 16 September Depan, Inilah IDENTITI Sebenar Bakal Isteri Saharul Ridzwan Bukan Calang-Calang Orang!




(GAMBAR) Sekitar Kemeriahan Majlis Pertunangan Amar Baharin & Amyra Rosli Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.