Monday, July 25, 2016

Dituduh Reka Cerita, Sepupu Pelajar Ditampar Kerana Cukur Kening Tampil DEDAH Perkara Sebenar!

Menjadi viral di media sosial dengan kisah seorang pelajar Nursyahida Zukifli, 15, yang memberitahu ditampar tiga kali di belakang kepala oleh seorang ustazah yang mengesyaki pelajar itu mencukur kening.

Lebih kecoh apabila timbul dakwaan mengatakan bahawa pelajar tersebut hanya memperbesarkan cerita dan menipu sedang dirawat di hospital. Ada sesetengah pihak yang mendakwa bahawa gambar pelajar yang sedang berehat di sebuah wad adalah gambar lama yang diambil tahun lepas.

Bagaimanapun sepupu kepada pelajar berkenaan tampil membuat penjelasan sebenar menerusi laman Facebooknya Puteri Boneka bahawa gambar itu sememangnya gambar terkini Syahida yang kini berada di Wad Dahlia, Katil 17, Tingkat 3, Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 19 Julai lepas semasa perhimpunan sekolah.

Isu Tudung Singkat


Kalau macam ini dikatakan tudung senteng lagi, saya tak tahu nak komen macam mana lagi. Mahunya pakai telekung solat ke sekolah gamaknya. Saya juga hairan, kalau betul salah pelajar, kenapa guru sekolah berkenaan diamkan diri? Kenapa mesti lari dari kebenaran sebenar? Bila isu dah viral, timbul cerita macam-macam. Setahu saya, adik saya bertudung labuh ke sekolah, kenapa isu tudung singkat di kaitkan dalam masalah ini? Harap pihak sekolah dapat bagi keterangan lanjut pada pihak keluarga kami!! Terima kasih.

Macam inikah bulu kening dicukur @ diandam?


Macam ni ke bulu kening dicukur @ diandam ??
Posted by Puteri Boneka on Saturday, July 23, 2016





Sumber: Puteri Boneka< amazingnara.com

Dituduh Reka Cerita, Sepupu Pelajar Ditampar Kerana Cukur Kening Tampil DEDAH Perkara Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.