Thursday, July 21, 2016

Dikritik Berbadan Besar Ketika Hamil, Ini JAWAPAN BALAS Almy Nadia Bikin Panas!

Bagaikan tidak ada penghujung, kritikan terhadap bentuk badan pelakon ini bagaikan tidak berkesudahan. Namun bagi Almy Nadia, dia kini sudah tidak ambil peduli dengan perkara tersebut. 
“Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka. Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia. 
“Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya.”


Almy Nadia kini sedang hamil enam bulan anak kedua hasil perkongsian rumah tangganya bersama Fizz Fairuz. Tindakan Almy tidak menghiraukan kritikan di laman sosial adalah satu tindakan bijak sekaligus dapat mengelakkan perasaan tertekan ketika mengandung.

Dikritik Berbadan Besar Ketika Hamil, Ini JAWAPAN BALAS Almy Nadia Bikin Panas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.