Tuesday, July 26, 2016

Didakwa Jadi PUNCA Keruntuhan Rumah Tangga Isteri Kedua Dan Bekas Suami, Ini Respon PANAS Adi Putra!

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pelakon Adi Putra menafikan dakwaan menjadi punca keruntuhan rumah tangga isteri keduanya yang baru dikahwini 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 35, mengakui, dia juga sedia maklum isteri kedua­nya yang dikenali sebagai Noor Shahida itu masih bergelar isteri orang lain ketika di awal perkenalan mereka. 

Namun, Adi berkata, dia tidak pernah menyelidik atau mengambil pusing berhubung masalah rumah tangga isteri keduanya sehingga wanita itu bercerai dengan bekas suaminya.
“Masyarakat boleh komen atau labelkan saya sebagai perampas. Itu hak mereka tetapi hakikatnya tidak ada seorang manusia pun yang ingin jadi seorang perampas. Saya tetap dengan pendirian saya, perkahwinan ini satu anugerah,” tegasnya.

Baru-baru ini, sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang diambil semasa majlis perkahwinan kedua aktor yang berasal dari Singapura itu yang berlangsung secara tertutup di kediaman isteri keduanya Dalam masa sama, pelakon KL Gangster itu membuat penjelasan bahawa isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, sudah dimaklumkan akan perkara itu sebelum majlis pernikahan itu dilangsungkan. 


Malah Adi juga menolak andaian soal zuriat menjadi punca dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama wanita lain. 
“Saya juga menolak dakwaan punca saya berkahwin lain adalah kerana perniagaan. Saya sudah kenal isteri kedua tujuh hingga lapan bulan sebelum kahwin. Tempohnya sama seperti saya kenal Aida. Saya tidak pernah ingin merahsiakan tentang perkahwinan ini. Saya hanya tunggu masa sesuai untuk membuat maj­lis hari ini. 
“Saya tahu Aida pernah keluar kenyataan dia tidak tahu tentang perkahwinan ini. Tetapi sebenarnya dia hanya menunggu untuk saya umumkan. Saya hormat dan bangga dengan Aida,” katanya. 

Adi Putra dalam pada itu merayu supaya pihak media tidak menghubungi isteri pertama dan kedua bagi menghormati kedua-duanya. 

Dalam pada itu, majlis tersebut turut digemparkan dengan kehadiran bekas adik ipar isteri keduanya, Farah Erliani Rahimpudin, 25, yang bangkit bertanyakan soalan. 

Bagaimanapun, kehadiran Farah hanyalah untuk membuat penjelasan bahawa abangnya bukan pihak yang menyebarkan luahan hati yang ditulis di laman sosial baru-baru ini.

Didakwa Jadi PUNCA Keruntuhan Rumah Tangga Isteri Kedua Dan Bekas Suami, Ini Respon PANAS Adi Putra! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.