Monday, July 18, 2016

Demi Pokemon Go, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut!

AUCKLAND - NEW ZEALAND. Seorang lelaki sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjadi pemburu Pokemon secara sepenuh masa.

Mungkin kedengaran sinis, namun selepas Tom Currie menyatakan alasan mengapa dia berbuat demikian, pasti anda akan mengubah tanggapan negatif tersebut.
"Saya mahukan cabaran," katanya kepada The Gurdian selepas membuat keputusan memperuntukkan masa dua bulan untuk Pokemon Go.
"Saya telah bekerja lebih 6 tahun, dan saya berasa sangat tertekan dan perlukan rehat, jadi Pokemon Go adalah peluang saya untuk hidup seperti apa yang diimpikan," katanya.

Tom Currie berjaya menangkap 90 daripada 151 makhluk dan menempah 200 perjalanan bas ke seluruh negeri minggu ini.
"Kos tidak terlalu mahal kerana tinggal di asrama malah lebih murah selepas beberapa syarikat pengangkutan menawarkannya perjalanan percuma untuk membolehkan dia mencari Pokemon," katanya.  
ARTIKEL MENARIK:- Walaupun Tiap Hari Saya Teringatkan Suami, Tapi Saya Perlu Teruskan Hidup Dan... - Balu Pegawai Pertama MH17

Permainan Pokemon Go menjadi fenomena di seluruh dunia sejak dilancarkan baru-baru ini.

Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.

Sumber Sinar Harian

Demi Pokemon Go, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.