Sunday, July 17, 2016

Bintang Media Sosial Mati Dibunuh Abang Sendiri Dan PUNCA Sebenar

Bintang media sosial Pakistan, Qandeel Baloch meninggal dunia selepas dipercayai dicekik oleh abangnya kerana memuatnaik gambar-gambar seksi dan menggoda dalam internet.

Qandeel Baloch, 26, atau nama sebenarnya Fauzia Azeem ditemui mati berhampiran bandar Multan, malam Jumaat lalu, ketika mengunjungi ibu bapanya sempena hari raya.

Qandeel dipercayai dibunuh oleh abangnya, Waseem dan lelaki itu kini dilaporkan melarikan diri.

Waseem dikatakan pernah mengugut adiknya itu berhubung gambar-gambar dan video berkenaan.


Dia menjadi terkenal di Pakistan pada 2014 selepas memuatnaik satu video seksi dan pada Mac lalu, Qandeel menjadi tumpuan apabila dia sanggup berbogel sekiranya pasukan kriket Pakistan berjaya mengalahkan India dalam satu perlawanan piala dunia.


Dia juga dilaporkan akan terlibat dalam siri Big Brother versi India dan dalam masa beberapa hari lalu, Qandeel muncul di dalam satu klip video bersama penyanyi Aryan Khan.


Media tempatan melaporkan Qandeel pernah menerima ugutan dan dia dikatakan mahu meninggalkan negara itu kerana bimbang akan keselamatannya.

Bintang Media Sosial Mati Dibunuh Abang Sendiri Dan PUNCA Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.