Tuesday, July 12, 2016

Apa Salah Aku Allah Hukum Sekejam Ni? Beli Baju Raya Sama-Sama, Akhirnya Teman Lelaki Bertunang Dengan Gadis Lain

Sudah pastinya bagi setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta mahukan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun langit tak selalunya cerah. Bercinta lama-lama, berpuluh tahun pun kalau Allah sudah tetapkan dia BUKAN jodoh kita, dia TAKKAN jadi milik kita. Sesungguhnya perancangan Allah itu LEBIH BAIK! 

Beberapa hari lalu, menjadi viral di laman sosial seorang gadis meluahkan perasaanya yang sedih dan kecewa apabila teman lelakinya secara tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Baju raya dah beli sama-sama siap satu colour tetapi lain pula yang jadi. 


Cinta yang terjalin selama 5 tahun 6 bulan bersama berakhir begitu saja apabila tiada restu keluarga. 

Baca luahan gadis ni.

Apa kau rasa?? Genab harini 5tahun6bulan aku dengan dia. Dia boleh tunang dengan orang lain. Pakai baju raya kitorang beli sama sama untuk majlis tunang dia. Tak gaduh tak apa. Elok datang Perlis amik aku. Sambut birthday sama-sama. Naik Genting terus sambut birthday dekat Seoul Garden Kuantan pulak. Beribu habis tapi dengan suka hati tunang dgn orang lain. Hanya sebab mak ayah anak anak merana. Macam novel macam cerita dulu dulu mak ayah carikan jodoh orang kampung.



Aku ingat story macam ni dah pupus. Apa salah aku Allah hukum sekejam ni? Baru semalam mak ayah kakak semua plan nak beraya rumah dia dekat Kelantan. Tapi pagi tadi tiba tiba cancel. Rupanya ada hikmah, ada majlis pertunangan dekat sana. Ahlik jenis lurus bendul. Ikut ja apa family dia nak. Janji kahwin je sebab umur dah 27tahun. Boleh kan aku taknak delete apa apa gambar kitorang dalam insta? Biarlah kenangan terindah menjadi kenangan terindah. Since form3 sampai aku masuk U dia jaga aku. Dari ada motor sampai ada kereta. 4tahun kenal baru bawak jumpa family masing2. Alangkah bagusnya kalau aku tak pernah kenal Ahlik.?

Walau apa pun terjadi, hidup perlu diteruskan. Allah SWT telah tetapkan jodoh masing-masing dan Jika dia bukan jodoh kita, Allah SWT telah menjodohkan kita dengan orang yang lebih baik. 

“…Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan…”
(Surah Adz-Dzariyat : ayat 49)

Apa Salah Aku Allah Hukum Sekejam Ni? Beli Baju Raya Sama-Sama, Akhirnya Teman Lelaki Bertunang Dengan Gadis Lain Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.