Sunday, July 3, 2016

Anis Al-Idrus Beri Sebab Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad

Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus memberitahu dia terpaksa menolak awal-awal tawaran berlakon sebuah drama yang turut melibatkan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad.

Menurut Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, ia bukan sebab tidak bersikap profesional tetapi tidak mahu menimbulkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan kerjaya masing-masing.
“Saya akui sejak aktif berlakon dan menyanyi kami ada terserempak di majlis hiburan tapi saya cuba elakkan dari bertembung dengannya. Begitu juga lakonan, saya ada dapat tawaran yang turut sama melibatkan dia tapi awal-awal lagi saya dah tolak. Bukan tidak profesional tapi saya tidak mahu masalah bagi pihak saya mahupun pihak dia yang sudah ada kehidupan baru itu.”

Apabila ditanya tentang lelaki baru dalam hidupnya, Anis memberitahu bahawa dia masih belum bertemu dengan insan istimewa yang boleh dijadikan pasangan.
“Saya ramai kawan lelaki tetapi belum ada lagi yang istimewa, mungkin usia saya yang sudah hampir ke 30-an ini membuatkan saya lebih memilih. Namun apa-apa pun ia terserah juga kepada jodoh, saya tidak kisah lelaki itu dikalangan orang biasa atau terlibat dengan dunia seni.”
ARTIKEL MENARIK:- Didakwa Menjadi Punca Penceraian Zamarul, Diana Akhirnya Oja BONGKAR Perkara Sebenar Selepas Setahun Menghilang!


Ala tak apa kalau tak ada teman istimewa sekarang sebab Anis pun mesti nak cari seorang lelaki yang benar-benar menyintai dan boleh menjaga dia sebaik-baiknya. Buat masa ni better Anis tumpu pada kerjaya dulu ye. 

Anis Al-Idrus Beri Sebab Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.