Monday, July 4, 2016

Akim Batal Hasrat Ke Mekah Tunai Umrah Demi Stacy

Walaupun pernah merancang untuk berangkat ke tanah suci Mekah pada penghujung bulan Jun lalu bersama ahli kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad bertindak membatalkan hasratnya itu secara tiba-tiba demi meluangkan masa menyambut raya bersama isteri tersayang, Stacy Anam yang bakal menyambut Aidilfitri buat pertama kali sebagai seorang Muslim.

“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu. Kalau dulu saya sekadar beraya, tahun ini saya lebih memahami pengertian Hari Raya itu”
“Selama ini saya sering memerhatikan Akim dan keluarganya melakukan tradisi itu dan tahun ini buat pertama kalinya sebagai seorang isteri dan memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan saya cukup terharu,” katanya kepada Projek MMO mengenai perancangan sambutan Aidilfitri pertamanya yang bakal menjelang tidak lama lagi sebagai seorang Muslim.


Pada masa yang sama, Stacy memberitahu walaupun sebelum ini pernah beberapa kali menyambut Hari Raya, tetapi ternyata perasaan itu tampil berbeza kali ini apabila bergelar seorang Muslim. Tambahnya lagi, beliau turut teruja menantikan kehadiran pagi Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi untuk bersalaman dengan Akim serta ahli keluarga yang lain.


Terdahulu, Akim & The Majistret ada menyatakan hasrat mereka untuk menunaikan umrah di Mekah sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini, selain bersyukur dengan segala kejayaan yang dikecapi oleh kumpulan itu. Namun Stacy tidak menyertai perjalanan itu kerana bimbang ia membebankan beliau sebagai seorang Muslim baru."

Akim Batal Hasrat Ke Mekah Tunai Umrah Demi Stacy Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.