Thursday, July 28, 2016

Afgan Bakal Beraksi Di Malaysia September Ini

Bintang sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan kembali ke Malaysia untuk konsert solo berjudul, AFGAN: SIDES Live in Malaysia 2016' pada 3 September di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, Sides yang dilancarkan selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love dan Love To L1ve.

Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun Afgan berpegang teguh pada nuansa R&B namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.


Afgan yang sinonim menerusi lagu-lagu balada seperti Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Padamu ku Bersujud menjanjikan persembahan mantap tatkala menemui peminatnya kelak.

Menerusi SIDES, Afgan berkolaborasi dengan pemuzik luar negara seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran) dan artis Malaysia SonaOne.

Seramai 500 pembeli awal layak untuk menikmati diskaun 10 peratus bermula 11 Julai hingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket, kecuali Diamond VIP dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau dengan cara menghubungi  talian 03 9222 8811.



Untuk peminat yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian 03 7982 5523 mulai 11 Julai.

Pakej eksklusif itu membolehkan pembeli mendapatkan tempat duduk di tiga baris pertama di hadapan, pas untuk sesi soundcheck, peluang bergambar bersama Afgan dan album yang ditandatangani serta poster konsert.

Tiket untuk AFGAN SIDES Live in Malaysia 2016 dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP) untuk pakej sesi bertemu peminat).

Afgan Bakal Beraksi Di Malaysia September Ini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.