Sunday, July 24, 2016

Adlin Aman Ramlie Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pelakon Adlin Aman Ramlie yang ditahan baru-baru ini kerana didakwa terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.


Memetik laporan Utusan Online, menurut Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid, pelakon tersebut dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya dekat sini Jumaat lalu.
“Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis. Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini,” jelasnya.
ARTIKEL MENARIK:- Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa Sampaikan 'PESANAN TERAKHIR' Sebelum Meninggal Dunia

Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini bagi menjelaskan isu penahanannya.

Adlin Aman Ramlie Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.