Wednesday, July 27, 2016

Abang Tuduh Kakak Selalu Balik Lambat Sebab Pergi Buat Maksiat. Ibu, Ayah Diam Seribu Bahasa. Semua Terbongkar Setelah...

Memang menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menjaga, membalas jasa dan budi dan menghargai ibu ayah mereka.  Tanggungjawabnya lebih besar jika anda adak yang paling tua di dalam keluarga. Namun begitu, bukan setiap orang mampu dan ingat untuk menjalankan peranan tersebut. Disini kami ingin kongsikan luahan seorang adik tentang pengorbanan yang dilakukan oleh kakaknya tanpa meminta sebarang balasan. Selamat membaca dan semoga ianya memberi iktibar dan mengetuk hati kecil kita. 


Slm. Hai nama aku laila. Aku ada 4 org sibling. Tahun ni genap 7 tahun kakak menghilangkan diri.

Cerita bermula bergini. Kami keluarga susah. Ayah dan abg ngah slalu berhenti kerja. Kami jd makin susah bila abg long meninggal. Dua tahun slps tu kakak dpt smbung belajar. Kakak seorg yg sgt tabah bg aku. Kakak kerja mcm2 utk sara hidup dia sbb dia tak nk bebankan ibu.

Sblm kakak habis belajar, keluarga aku kembali stable. Dpt pakai kereta baru. Tp tak lama. Dua bulan sblm kakak habis belajar, ayh berhenti kerja lg. Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun byk lecturer dia yg cari utk bg geran master. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dlm bilik sorg2.

Syukur alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dpt kerja dan dpt tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yg tanggung segala perbelanjaan . Dari byr kereta, rumah, belanja sekolah, sng cerita gaji ayah simpan utk ayah dan ibu shja. Kakak tanggung abg jugak bila dia berhenti krja n takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga family kita kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.

Satu hari aku balik sekolah, aku tgk semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abg ngah marah2. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sbb pergi buat maksiat. Kata nya kawan2 dia semua nampak. Ibu n ayah diam seribu bahasa. Mlm tu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak ckp dia kerja di singapore naik kenderaan awam. Jammed, penat lagi. Mana ada masa nak lepak2 semua. Dan aku akui mmg kakak betul. Sbb kakak yg aku knal akan keluar jumpa kwn masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6 dah keluar. Mlm pukul 8 lebih baru smpai rumah. Mmg setiap hari begitu la rutin kakak.


Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk. Dan takde sorang pon yg pertahankan kakak. Esoknya aku bangun smbhyang aku tgk muka kakak bengkak2. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tgh bersiap. Kakak kata, takpe harini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang jugak. Kakak tinggalkan rumah yg dibeli atas nama sendiri. Kakak bwk kereta ke mana pon aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya utk kami. Seminggu lepas tu ada org dtg rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.

Betul kata kakak, tak lama lepas tu abg mngaku yg dia marah sbb kereta rumah semua ats nama kakak. Dan dia sngaja buat cerita utk buang kakak dari family. Aku tgk ibu ayah betul2 mnyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jln buntu. setiap bulan kakak akan masuk lan duit dlm acc bank ibu. Kalau raya, byk jugak kakak masukkan. Mmg kami hidup mewah semua hasil titik pelih kakak yg kami tak tau kat mana.

Bila aku masuk ipta, aku dpt sebijik hilux. Terkejut bkn main. Org yg hntr tu kata kakak yg belikan, pesan kakak belajar rajin2. Skrg dah nk masuk tahun 3, kakak masih tak dpt kami hubungi. Apa yg aku tahu kakak skrg berada di jerman. Itu pon sbb kakak ada hntr brg masa aku kat hostel.

Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak sbb dia tak pernah abaikan tanggungjwb terhadap keluarga kami. Tak pernah org dtg mintak hutang. Tak pernah kami kurang mkn pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke mekah. Tapi semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang. Apa yg kami tahu semua dah tersedia depan mata.

Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap confession ni diviral kan sampai lah kakak dpt baca. Kami semua rindu kakak. Abg pon dah ada anak 2. Tanpa kakak disisi aku rasa kosong. Sbb kakak la yg paling byk mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu.

-Adik seorang kakak-

Abang Tuduh Kakak Selalu Balik Lambat Sebab Pergi Buat Maksiat. Ibu, Ayah Diam Seribu Bahasa. Semua Terbongkar Setelah... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.