Monday, July 4, 2016

7 Sekeluarga Maut, 8 Cedera Dalam Kemalangan Di Gua Musang

GUA MUSANG 4 Julai - Tujuh sekeluarga termasuk kembar perempuan maut manakala lapan orang cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, kenderaan yang terlibat ialah dua buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori 5 tan jenis Hino.


Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang datang dari arah Kuala Krai memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Gua Musang.

Kembar yang maut ialah Munira dan Mursyida Ahmad Latfi berusia 29 tahun dari Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat, Kota Bharu.


Mangsa lain ialah Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, dari Kampung Jeram, Pasir Puteh dan Norazami Mahat, 41, dari Lati, Pasir Mas.  

Mangsa yang cedera dan ketujuh-tujuh mayat telah dihantar ke Hospital Gua Musang.







Sumber Utusan Online

7 Sekeluarga Maut, 8 Cedera Dalam Kemalangan Di Gua Musang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.