Sunday, July 3, 2016

18 Jemaah Umrah Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Masjidil Haram

MEKAH - ARAB SAUDI. Seramai 18 jemaah umrah dilaporkan cedera dalam satu kejadian rempuhan di Masjidil Haram, lewat malam Jumaat waktu Arab Saudi lapor AFP.

Pegawai kesihatan terlibat dilaporkan berkata, kesemua yang cedera dirawat di tempat kejadian dan tiada jemaah yang dibawa ke hospital.

Masjidil Haram sedang sesak di mana umat Islam mengejar 10 malam terakhir Ramadan bagi merebut malam Lailatul Qadar.



Kejadian tersebut berlaku sedang kerajaan Saudi dijangka mendedahkan langkah-langkah keselamatan baru, bagi musim haji September nanti.

Akhbar-akhbar Arab Saudi semalam melaporkan bahawa di antara langkah baru yang diperkenalkan bagi tahun ini adalah gelang keselamatan elektronik yang menyimpan maklumat peribadi jemaah, termasuk alamat dan rekod perubatan.


Semasa musim haji tahun lalu, lebih 2,000 jemaah terkorban dalam kejadian rempuhan yang disifatkan sebagai paling dahsyat yang pernah berlaku semasa ibadah tahunan itu.

Bagi musim haji tahun ini, lebih 6 juta visa umrah dikeluarkan.

Sumber Sinar Harian

18 Jemaah Umrah Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Masjidil Haram Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.