Saturday, June 18, 2016

WOWW! Gambar Pra-Perkahwinan Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Ala Filem Bollywood

Pelakon drama bersiri Mak Cun, Azwan Kombos dan kekasihnya Ezzaty Abdullah bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai depan.

Menurut Ezzaty, persiapan perkahwinan beliau sudah siap hampir 100 peratus. Beberapa pihak juga tampil untuk menjadi penaja buat majlis raja sehari mereka tetapi mereka tidak mahu menerima terlalu banyak tajaan.
“Persiapan untuk majlis perkahwinan hampir 100 peratus siap. Cuma ada beberapa masalah kecil seperti urusan kad kahwin dan baju kahwin yang masih diuruskan,” yang turut mengakui sangat selektif mengenai penajaan.
“Kami selektif dalam hal ini, tak mahu dan rasa tak seronok jika semuanya ditaja. Memang ada penaja tapi bukan 100 peratus. Kami pun kena fikir kos yang mereka akan keluarkan. Ada tajaan itu yang kami bayar separuh.”

Tambahnya, mereka akan diraikan pada sebelah pagi dalam satu majlis pernikahan dan diikuti dengan persandingan. Kedua majlis itu akan diadakan di Bentong, Pahang dan satu lagi majlis di Kuala Lumpur keesokan harinya.


Baru-baru ini pasangan ini juga telah berkesempatan untuk menjalani sesi fotografi pra perkahwinan mereka di Klebang, Melaka.


Berikut penulis kongsikan beberapa keping gambar Pra-Perkahwinan Azwan Kombos dan  Ezzaty Abdullah buat tatapan anda. 











WOWW! Gambar Pra-Perkahwinan Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Ala Filem Bollywood Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.