Saturday, June 11, 2016

Viral Video Wanita Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Solat Terawih, Inilah Kisah SEBENAR Yang Ramai Tidak Tahu!

PORT DICKSON : Dakwaan satu klip video viral yang merakamkan seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia ketika menunaikan solat terawih di sebuah masjid di sini adalah tidak benar kerana wanita itu hanya pitam sahaja.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Eksekutif Masjid Jamek Abdullah Sijang, Muhammad Abu Dhiral Burhanuddin yang terkejut apabila rakaman CCTV itu viral dengan maklumat yang salah.

ARTIKEL MENARIK:- (VIDEO) Menyingkap Kembali 15 Tahun Kisah Menyayat Hati Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon


Menurut beliau, wanita 30-an itu rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu beberapa jemaah wanita lain pada jam 9.40 Rabu lalu.
"Dia yang pitam kemudian berehat sebentar sebelum menyambung solat Tarawih seperti biasa. Jemaah lelaki yang berada di hadapan tidak menyedari kejadian itu kerana tiada kekecohan berlaku.
"Kami kesal kerana klip video itu tersebar dengan maklumat yang tidak tepat," katanya.
Rakaman selama 51 saat itu memaparkan wanita berkenaan rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu jemaah lain dan tersebar dengan beberapa keterangan antaranya 'jatuh semasa solat Tarawih di Majid Jamek PD... Innalillah...' dan 'wanita meninggal ketika solat Tarawih'.

Viral Video Wanita Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Solat Terawih, Inilah Kisah SEBENAR Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.