Wednesday, June 8, 2016

Viral Kanak-Kanak Tertusuk Gunting Di Kepala, Inilah Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu... MENGERIKAN!!!

SHANGHAI - CHINA. Seorang bapa yang berang dengan anaknya yang asyik bermain dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolahnya secara tidak sengaja membaling gunting sehingga terpacak di kepala anaknya itu.

Lelaki itu pada mulanya hanya mahu menakutkan kanak-kanak itu dengan melambung-lambung gunting tersebut namun malangnya ia terpelanting dan mengena kepala anaknya, lapor Sina.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dikejarkan ke hospital dimana doktor melakukan pembedahan bagi membuang gunting berukuran 15 sentimeter panjang dari tengkoraknya.


Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengingati kejadian itu.

Keluarga yang berasal dari Anhui telah berpindah ke Shanghai kerana bekerja bagi memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka.


Sementara itu, ibu mangsa berkata, suaminya itu hanya cuba untuk menakut-nakutkan anak perempuanya itu dan tidak bermaksud untuk mencederakannya.

Bulan lalu, kanak-kanak 12 tahun di Dongguan tertusuk pisau berukuran 15 sentimeter di belakang kepalanya selepas seorang rakan sekelasnya melemparkan kepadanya dalam keadaan marah.

Viral Kanak-Kanak Tertusuk Gunting Di Kepala, Inilah Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu... MENGERIKAN!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.