Tuesday, June 28, 2016

Viral Gambar Kejadian Simbah Minyak Di LPT Sehingga Berlaku Kemalangan, Polis Keluarkan Kenyataan Mengejutkan!

TEMERLOH 28 Jun - Tiada kejadian simbah minyak yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak baru-baru ini seperti yang diviralkan oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata, gambar yang diviralkan berkenaan adalah sama dengan gambar yang diviralkan pada tahun lalu dan tidak ada kaitan dengan kejadian simbah minyak.
Sejak kelmarin gambar kesan minyak di lebuh raya diviralkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa berlaku kejadian seumpamanya.

Viral Gambar Kejadian Simbah Minyak Di LPT Sehingga Berlaku Kemalangan, Polis Keluarkan Kenyataan Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.