Sunday, June 12, 2016

(VIDEO) Kanak-Kanak Lelaki Ratapi Pemergian Ibu Menyentuh Hati Netizen

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial dengan sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meratapi pemergian ibu tercinta di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

Video yang dimuatnaik oleh saudara ibu saudara arwah, Puan Sharifah Asma Syed Kechik telah mengundang simpati netizen.

Darwish dilihat tidak mahu berenggang dan memeluk ibunya yang sudah 'pergi' meninggalkannya sehingga jam 4 hingga 5 pagi.


Menurut Puan Asma, anak saudaranya itu tidak menghidapi sebarang penyakit kecuali dapat darah tinggi secara tiba-tiba sahaja.
"My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu.
"Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital.
"Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi.
"Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia.
ARTIKEL MENARIK:-  Kisah Benar! Gadis Bunuh Diri Selepas Tunai Solat Yang Wajib Ibu Bapa Baca. Nauzubillah Min Zalik...!!!
"Pembedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator.
"Selepas beberapa hari, doktor buat keputusan untuk memberhentikan ventilator sebab dia dah tak ada respon. Masa itu, kalau sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk. Mana mampu nak melihat ratapan anak-anak dia bila doktor nak buka life support itu? Operation dia di kepala, jadi tempurung kepala dibuka. Bayangkan macam mana sakitnya kan?
"Sedih sangat. Arwah sempat berpuasa beberapa hari saja sebelum meninggal. Kakak Darwish pula SPM tahun ini. Anak yang bongsu, perempuan, berusia lebih kurang 4 tahun. Tapi yang paling teruk, Darwish. Daddy dia kata kadang-kadang itu itu Darwish menangis sampai jam 4 ke 5 pagi sebab nak mummy dia," katanya.
Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga Darwish tabah menghadapi semua ini.

(VIDEO) Kanak-Kanak Lelaki Ratapi Pemergian Ibu Menyentuh Hati Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.