Saturday, June 18, 2016

(VIDEO) Enggan Beri Seat Bas, Remaja Perempuan ‘Dibelasah’ Warga Emas

Pasti anda semua pernah naik pengangkutan awam kan? Perasan tak, pasti akan ada satu papan tanda kecil terutamanya dalam komuter dan juga bas yang mengingatkan kita agar mendahulukan orang yang lebih memerlukan untuk duduk. Golongan yang dimaksudkan ialah warga emas, ibu mengandung dan orang kurang upaya. Adakah anda peka dengan keprihatinan ini?

Sebuah video yang memaparkan  situasi ketika di dalam bas dan seorang remaja perempuan kelihatan hanya berdiam diri sambil mendengar muzik tanpa mempedulikan seorang warga emas yang sedang memarahi dan memanggilnya seorang yang tidak punya etika dan adab terhadap orang tua.


Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki tua itu mula memukul remaja berkenaan namun tetap tidak berganjak dari tempat duduknya malah membalas kembali kata-kata kesat warga emas itu.

Perbalahan yang berlaku menyebabkan penumpang lain menenangkan keadaan tersebut dan di pengakhiran video, lelaki tua itu mengalah dan keluar dari bas berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:- (Gambar) Bila Orang Biasa Tiru Gaya Selebriti. Yang Last Paling Kelakar!

Video berdurasi 4 minit 8 saat ini viral di Weibo dan rata-rata pengguna menyebelahi tindakan remaja perempuan itu. Mereka beranggapan kita semua haruslah saling hormat menghormati, malah jika ingin diri rasa dihormati, anda haruslah menghormati orang lain terlebih dahulu.

Bagi kami pula, kedua-dua pihak ini salah. Sepatutnya, remaja berkenaan harus mengalah memandangkan ada lagi individu yang lebih memerlukan untuk duduk. Apa-apa pun mereka lebih berhak dan kita sebagai generasi muda tidak seharusnya berkelakuan seperti itu dan sebetulnya kena mengalah. Manakala, bagi lelaki tua itu pula, dia tidak seharusnya memaki hamun serta menggunakan kekasaran. Masih ada banyak lagi cara yang berkesan, contohnya, dia boleh meminta izin dengan cara yang baik bukannya memberontak seperti itu.

p/s: Semoga budaya ini tidak berlaku di Malaysia. Kita masih ada adab dan jaga tatasusila anda ya.

(VIDEO) Enggan Beri Seat Bas, Remaja Perempuan ‘Dibelasah’ Warga Emas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.