Thursday, June 30, 2016

TAKZIAH! Selepas Suami Anzalna, Kini Ezad Lazim Pula Dimasukkan Ke Hospital, PUNCA SEBENAR DIDEDAHKAN

Jika sebelum ini TAKZIAH! Suami Anzalna Dimasukkan Ke Hospital Dan PUNCA SEBENAR, kini penyanyi Ezad Lazim pula yang terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah kira-kira pada jam 9 pagi Khamis setelah mengalami muntah-muntah yang luar biasa sejak seminggu lalu.

Menurut isterinya, Nor Azeana Ramli, suaminya dibawa pulang ke Kedah pada selasa lepas apabila kesihatannya mengalami kemerosotan.
"Ezad baru sahaja dibawa ke Kedah Madical Center pagi tadi (Khamis) kerana mengalami muntah yang teruk. Dia juga tidak boleh makan sejak 21 Jun lalu selain mengalami muntah lebih 30 kali sehari.
"Keadaan itu menyebabkan badannya lemah dan dia tidak mampu untuk berdiri. Kelmarin kakaknya dari Kedah datang ke Kuala Lumpur untuk ambil kami sekeluarga dan bawa pulang ke kampung," ujarnya.
Tambah Nor Azeana lagi, dia sudah membawa suaminya itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang pada 23 dan 24 Jun lalu, namun hanya diberi rawatan pesakit luar.


Kata Nor Azeana, keadaan itu merisaukan keluarga Ezad di Kedah sehingga mereka membuat keputusan untuk dia mendapatkan rawatan di negeri itu.

Dalam pada itu, Nor Azeana berkata, gejala muntah tersebut dialami sejak awal Jun lalu selepas  Ezad mendapatkan rawatan sinus.



Katanya, Ezad merancang untuk menjalani pembedahan hidung pada Ogos depan kerana penyakit tersebut semakin serius sehingga menjejaskan suaranya.
"Ezad mengalami muntah sejak 1 Jun lalu tapi tidak banyak, saya ada bawa dia mendapatkan rawatan tradisional dan mereka kata ia adalah kesan ubat yang diambil.
"Penyakit sinus yang dialaminya menyebabkan dia tidak mampu untuk menghidu malah ia turut menganggu suaranya sehingga menjadi semakin sengau.
"Kadang-kadang hidungnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan keluar hinggus tanpa sedar," ujarnya.
Tambah Nor Azeana berat badan Ezad kini merosot daripada 68 kilogram sehingga 54 kilogram akibat masalah kesihatan tersebut.

TAKZIAH! Selepas Suami Anzalna, Kini Ezad Lazim Pula Dimasukkan Ke Hospital, PUNCA SEBENAR DIDEDAHKAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.