Monday, June 27, 2016

TAKZIAH! Ibu Aznil Nawawi Meninggal Dunia Dan PUNCA SEBENAR

Takziah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang kehilangan ibu tercinta, Norbaiti Surur jam 12.56 pagi tadi kerana sakit tua.

Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada usia 90 tahun. Berita sedih itu dimaklumkan sendiri personaliti TV berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah."


Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat hari ini sebelum waktu Zohor. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan 4 cicit.

TAKZIAH! Ibu Aznil Nawawi Meninggal Dunia Dan PUNCA SEBENAR Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.