Saturday, June 4, 2016

TAHNIAH! Hairul Azreen, Hanis Zalikha Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah kami ucapkan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama pada 3 Jun pukul 8.17 malam. Perkara tersebut dikongsikan oleh Hairul di Instagram miliknya.



Pasangan tersebut memilih nama Yusuf Iskandar untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram. Sementara itu, Instagram Hairul tidak henti-henti dihujani dengan doa dan ucapan tahniah daripada peminat.
"Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi. Minta iringan doa yang baik buatnya amin."

Berkongsi berita gembira ini, semoga keluarga kecil ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki.

Untuk makluman, Hanis dan Hairul telah pun bernikah pada Jun tahun lalu. Sebelum ini Hanis juga pernah menyatakan bahawa dia memilih untuk berhenti dari berlakon kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

TAHNIAH! Hairul Azreen, Hanis Zalikha Selamat Timang Cahaya Mata Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.