Tuesday, June 7, 2016

SWEET! Hafidz Roshdi Kongsi Kisah Menarik Selepas Nikah

Siapa yang tidak teruja bila menyambut Ramadhan penuh makna ini dengan insan tercinta ditambah pula ini adalah tahun pertama selepas Hafidz Roshdi dan isterinya sah menjadi suami isteri pada 30 April lalu.

Berkongsi pengalaman selepas mendirikan rumah tangga, Hafidz memberitahu dia teruja dan gembira apabila kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini dapat disambut bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, kehadiran isteri membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjalani ibadah puasa selain keperluannya lebih terjaga berbanding ketika dia masih bujang.
"Alhamdulillah tahun ini diberi nikmat menyambut Ramadan bersama isteri dan sudah tentu saya teruja kerana pengalaman itu pasti berbeza berbanding tahun sebelumnya.
"Paling saya nantikan saat kami bersahur dan berbuka bersama selain ke masjid untuk solat terawih," katanya.


Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia juga mengambil keputusan untuk berehat sepanjang bulan Ramadan daripada sebarang aktiviti lakonan dan menolak tawaran diberikan.

Katanya, selain ingin berehat dia juga mahu menghabiskan masa bersama isteri dan keluarga memandangkan sejak akhir-akhir ini jadualnya padat.
"Banyak aktiviti yang kami rancang sepanjang bulan puasa ini termasuk pulang ke kampung untuk bersama keluarga dan sebab itu saya pilih untuk berehat daripada lakonan.
"Alhamdulillah tawaran banyak saya terima tetapi saya terpaksa tolak secara baik," ujarnya.

Sementara itu, Hafidz berkata, dia tidak lagi mahu memikirkan tentang kontroversi melanda dirinya sebelum ini kerana menganggap ia perkara membuang masa.

Kata Hafidz, apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman dan pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati selain memfokuskan kepada kerjayanya sahaja.
"Biarlah apa orang hendak kata kerana pahala itu saya yang dapat bukan mereka. Cukup-cukuplah saya buang tenaga dan masa kerana perkara yang tidak mempunyai faedah.
"Manusia tidak akan berhenti daripada berkata-kata jadi biarkanlah mereka," katanya.

SWEET! Hafidz Roshdi Kongsi Kisah Menarik Selepas Nikah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.