Sunday, June 12, 2016

Susulan Kes Gadis Dijadikan Hamba $eks Di Pulau Tioman, TPM Keluarkan Kenyataan Mengejutkan!!!

SUNGAI BESAR - Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur 'cover up' dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas dari dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.
"Saya akan memastikan tiada sesiapa juga termasuk pegawai kerajaan yang terlepas dari sebarang tindakan.
"Tindakan juga akan diambil kepada mana-mana pegawai polis yang 'cover up' (kes jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai kerajaan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kes seorang gadis bawah umur yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dan didera secara seksual oleh lima lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Kastam di Pulau Tioman.     

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah bahawa enam individu, termasuk seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu, namun menafikan pembabitan anggota Kastam dalam kes berkenaan.

Terdahulu Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit berjumpa dengan petugas media pelbagai agensi di pusat media bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Hotel Kompit, di sini hari ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun. 

Susulan Kes Gadis Dijadikan Hamba $eks Di Pulau Tioman, TPM Keluarkan Kenyataan Mengejutkan!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.