Thursday, June 30, 2016

Serangan Bom Di Istanbul: Penuntut Rakyat Malaysia Terselamat

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi keluarganya tidak lama selepas serangan bom di lapangan terbang di Istanbul, Turki, menghubungi mereka memberitahu dia selamat daripada insiden itu.

Adam Ahmad, 22, pelajar penerbangan di Moscow Aviation Institute, Russia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia berada di tempat kejadian apabila pesawat dinaiki bersama seorang rakan, Muhammad Amirul Amber Aznan, 22, melakukan transit di Lapangan Terbang Ataturk.


Ibunya, Mahiran Mohd Noor berkata, Adam ada menghubunginya pada jam 5 pagi menyatakan yang dia selamat, iaitu kira-kira dua jam selepas insiden serangan berlaku, menggunakan satu nombor telefon yang bukan miliknya.


Difahamkan, ketika kejadian, Adam terpisah daripada Amirul kerana kebetulan dia hendak ke mesin ATM untuk mengambil wang dan meninggalkan beg serta barang berharga bersama rakannya itu beberapa minit sebelum kejadian letupan dan tembakan itu berlaku.
"Walaupun mengetahui Adam selamat namun kami risau kerana sehingga kini dia belum dapat dihubungi atau ditemui. Kami sudah maklumkan perkara itu kepada kedutaan Malaysia di Ankara. 
"Kami cuma mahu Adam ditemui dan pulang dengan selamat," katanya ketika dihubungi wartawan NST, semalam. 
Duta Malaysia di Turki, Datuk Amran Muhammad Zin berkata pegawainya sedang berusaha untuk mengesan kedudukan Adam. 
"Kami masih berusaha mengesannya dan sudah menghantar beberapa pegawai dari Ankara ke Istanbul untuk membantu mengesan Adam dan rakyat Malaysia lain yang terkandas," katanya.
Sumber Berita Harian 

Serangan Bom Di Istanbul: Penuntut Rakyat Malaysia Terselamat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.