Wednesday, June 15, 2016

RUGI TAK CUBA! 6 Sebab Utama Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya Yang Ramai Tidak Tahu

Merisik adalah salah satu adat di mana pihak lelaki biasanya akan menghantar wakil untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak wanita bertujuan untuk memaklumkan bahawa si lelaki berniat untuk memperisterikan si wanita.

Merisik bukanlah rukun wajib berkahwin, ianya sekadar adat dan adab Melayu yang sangat digalakkan supaya keluarga kedua-dua belah pihak akan lebih kenal mengenali.


Merisik tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Tidak perlu diadakan jamuan besar-besaran. Ianya cukup sekadar menghidangkan minuman dan kudap-kudapan kepada rombongan yang datang merisik dan sebentuk cincin tanda sebagai hadiah kepada si wanita.


Zaman dulu biasanya si lelaki ditegah untuk menyertai sesi merisik ini, cukup sekadar menghantar ibubapa atau bapa dan ibu saudara untuk mewakilkan diri si lelaki. Tetapi, kini telah berubah. Masyarakat kita lebih terbuka dan bakal pengantin boleh bersama-sama berada di dalam perbincangan.



Bilakah waktu yang sesuai untuk merisik? Hujung minggu? Masa musim cuti sekolah?

Melalui survey yang telah kami lakukan, Hari raya Aidilfitri adalah masa yang sesuai merisik. Biasanya hari terbaik untuk merisik adalah 3 atau 4 hari selepas 1 Syawal. Bulan Syawal dapat menghimpunkan ahli keluarga seperti ibu dan bapa saudara bersama. Jadi bila dah berkumpul, senang sikit untuk bakal pengantin dan ibubapa  membuat persiapan dan perancangan untuk merisik.

6 sebab utama Hari Raya adalah hari terbaik untuk merisik adalah:

1. Hari raya merupakan musim cuti dan memudahkan untuk keluarga berkumpul

2. Sambil merisik, sambil beraya.

3. Adat merisik adalah adat warisan Melayu, maka baju raya boleh digunakan ketika merisik.

4. Biasanya promosi potongan harga barangan kemas seperti cincin (cincin belah rotan sebagai ‘cincin tanda’) diadakan pada musim raya. Dapat lah berjimat sikit.

5. Hari raya umumnya adalah hari semua orang bergembira. Pasti sesi merisik tersebut akan membawa kepada kejayaan.

6. Aidilfitri merupakan hari bermaaf-maafan. Mungkin sebelum ini pengantin pernah terkasar bahasa dengan bakal mertua, jadi gunakan peluang beraya sambil merisik ini untuk bermaafan.

Gunakanlah kesempatan ini untuk memanfaatkan peluang yang ada. SEMOGA BERJAYA! :)

RUGI TAK CUBA! 6 Sebab Utama Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya Yang Ramai Tidak Tahu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.