Wednesday, June 29, 2016

Respon Slumber Siti Nurhaliza Bila Dikritik Netizen Gara-Gara Berniqab Di Mekah!

Setelah terdahulu pelakon Che Ta dikritik netizen gara-gara berniqab ketika menunaikan umrah di Mekah, kini penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pula yang dikritik!

Beberapa hari lepas Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Muhd Jiwa telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Difahamkan mereka kini sudah selamat tiba di tanah suci dan Siti Nurhaliza juga ada berkongsi gambar beliau memakai niqab di sana.


Melihat gambar berkenaan, ramai yang memuji kemanisan wajah Siti Nurhaliza ketika berniqab. Walaubagaimanapun, ada sahaja pihak yang mempersoalkan tujuan Siti Nurhaliza menutup bahagian wajahnya itu.

Berikut antara komen netizen:


ARTIKEL MENARIK:- PANAS! Selepas Ibu Aznil Nawawi Meninggal Duni, Diva AA Didakwa SINDIR Aznil Nawawi??


Siti Nurhaliza kemudiannya menjawab persoalan berkenaan. Beliau menjelaskan dia tidak mahu ibadahnya terganggu apabila ada peminat yang sering meminta untuk bergambar dengannya nanti. 


Tidak salah pun untuk Siti Nurhaliza memakai niqab untuk mengelakkan gangguan ketika menunaikan umrah. Lagipun bukan rakyat Malaysia sahaja yang kenal dengan Siti Nurhaliza, kami gerenti orang Arab pun kenal dengan beliau.

Sumber : beautifulnara

Respon Slumber Siti Nurhaliza Bila Dikritik Netizen Gara-Gara Berniqab Di Mekah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.