Wednesday, June 29, 2016

Potong Kaki Nenek Hingga Putus, Akhirnya Remaja Ini Terima Habuan Apabila Dipenjara Selama...

PASIR MAS - Seorang remaja lelaki dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas kesalahan cubaan membunuh dengan cara memotong kaki kiri seorang warga emas wanita pada 19 Jun lalu.

Hakim, Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh Mohd Fikri Noor Rosland, 19, dari Kampung Tanjung Rendang, Lemal di sini yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.    

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu diarah menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya,Haslida Isamail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dalam kejadian 19 Jun lalu, seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak tertuduh yang dipercayai dalam pengaruh dadah di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Mek Som turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk suspek yang dikatakan berang kerana mangsa enggan memberikan wang kepadanya.

Mek Som kini kehilangan kaki kirinya yang terpaksa dipotong sehingga paras lutut sedang mendapat rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.    

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadapnya.

Sumber Sinar Harian

Potong Kaki Nenek Hingga Putus, Akhirnya Remaja Ini Terima Habuan Apabila Dipenjara Selama... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.