Wednesday, June 15, 2016

Peminat Neelofa Bertelagah Kerana Perubatan Islam, Ini Komen Panas Ustaz Harun Din Buat Pengkritik!

Beberapa hari lalu, pelakon popular Neelofa telah memuat naik satu video menunjukkan dia sedang dirawat oleh Ustaz Harun Din.


Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi hingga ratusan komen menghujani ruangan komen posting ini. Peminat bertelagah apabila ada yang mempertikaikan sentuhan di antara mereka berdua ketika rawatan berlangsung.


Dek kerana itulah, ramai mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa memuatnaik video tersebut dan menyatakan rawatan tersebut tidak memerlukan sentuhan manakala ada juga yang mahu video tersebut diturunkan kerana tidak mahu menimbulkan pelbagai lagi persepsi negatif.


Tidak cukup dari itu, Ustaz Harun Din juga turut menjadi mangsa kritikan kerana dikatakan perbuatan tersebut menimbulkan fitnah. Hebat masing-masing melemparkan pandangan. Selain itu, ruangan komen gambar itu juga dijadikan medan untuk membandingkan ilmu agama siapa yang lebih handal.


Mahu puaskan hati semua orang susah juga. Namun melalui video-video lain yang dimuatnaik oleh Neelofa, khas dari Ustaz Harun Din sendiri, pendakwah tersebut sempat meninggalkan pesanan agar menjadi insan yang bersih hatinya, bersangka baik sesama kita dan juga cara yang betul menegur untuk memberikan nasihat iaitu dengan cara berdepan bukan dengan menegur di sosial media.

Peminat Neelofa Bertelagah Kerana Perubatan Islam, Ini Komen Panas Ustaz Harun Din Buat Pengkritik! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.