Sunday, June 5, 2016

Nurulhidayah Luah Kesedihan Atas Pemergian Suami Tercinta Menerusi Lirik Lagu

Tiada siapa pun sanggup kehilangan insan tersayang dalam hidup, bukan sesuatu perkaraa mudah untuk menerimanya. Begitu jugalah yang dialami oleh NurulHidayah Ahmad Zahid anak kepada TPM yang meluahkan kesedihan yang dirasainya atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.


Petikan lirik lagu yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya mungkin adalah gambaran kepada hatinya.

Lagu nyanyian Kaer Azami, Izin ku pergi itu dipaparkan bersama gambar beliau berada di pusara suaminya, hari ini.
“Sinaran mata cerita segala-galanya; Duka lara terpendam; Memori semalam.
“Tinggal segala cinta; Tiada kembalinya abadi kasih kita; Kau bawa bersama
"Mimpi indah mekar; Saat cinta bersemi; Sedetik asmara syurga selamanya,” antara lirik lagu dimuat naik Nurul Hidayah.


Posting beliau mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan simpati di atas kesedihan yang ditanggung Nurul Hidayah.

Syed Alman Zain meninggal dunia pada Rabu akibat sesak nafas selepas mendapatkan rawatan gigi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Syed Alman Zain tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar, di Kuala Lumpur.

Nurulhidayah Luah Kesedihan Atas Pemergian Suami Tercinta Menerusi Lirik Lagu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.