Monday, June 27, 2016

Najib Umum Senarai Ahli Rombakan Kabinet Baharu

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu sidang media khas Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Isnin.

Noh menggantikan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mengambil alih tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Wahid Omar untuk memantau Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Selain pelantikan Noh dan pertukaran Abdul Rahman, Najib turut mengumumkan penyusunan semula lapan portfolio melibatkan dua menteri dan enam timbalan menteri.



Pelantikan baharu yang diumumkan adalah seperti berikut.

-Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong

-Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

-Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Nasrun Mansur.

-Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong.

-Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yeong.

-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri K Devamany.

-Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

-Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong.

Rombakan Kabinet yang terakhir diadakan pada Ogos tahun lalu yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan dari Kabinet.

Najib Umum Senarai Ahli Rombakan Kabinet Baharu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.