Wednesday, June 1, 2016

Menghitung Hari! Ika Nabella Bakal Nikah Julai Depan

Pelakon Ika Nabella yang telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu Muhammad Zaid, 29, pada 14 Mei lalu bakal melangsungkan perkahwinannya pada penghujung Julai.

Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 27, mereka sepakat untuk segera melangsungkan majlis perkahwinan kerana telah lama merancang berumah tangga selain tidak mahu bertunang terlalu lama.
"Insya-Allah dengan restu kedua-dua belah pihak kami akan disatukan sebagai suami-isteri pada penghujung Julai depan.
"Bagaimanapun kami masih memilih tarikh sesuai dan kemungkinan majlis berkenaan diadakan dalam bulan Syawal juga," katanya.

Dalam pada itu, Ika berkata, pada mulanya dia tidak mahu bertunang namun atas permintaan keluarganya mereka mengadakan majlis tersebut secara kecil-kecilan di kediamannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
"Saya memang mahu terus berkahwin tetapi memandangkan saya anak perempuan tunggal keluarga mahu saya mahu mengadakan majlis pertunangan sebelum berkahwin.
"Majlis itu pun secara kecil-kecilan sahaja yang dihadiri oleh keluarga terdekat," jelasnya.

Sementara itu, Ika berkata, persiapan perkahwinannya sudah 80 peratus siap dan seperti bakal pengantin lain, dia turut merasai debaran sebelum disatukan dengan pasangannya.
"Persiapan sudah beberapa bulan lalu dilakukan dan Alhamdulillah hanya tinggal perkara-perkara kecil sahaja untuk diuruskan.
"Sudah tentu saya gementar untuk disatukan dengan lelaki pilihan saya dan berharap semua mendoakan yang baik-baik untuk kami," katanya.
ARTIKEL MENARIK:- Tiga Tahun Berkahwin, Mawar Fareeda Akui Rasa TERCABAR Dengan Fizo Omar!

Ika Nabella di majlis pertunangan pada 14 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Ika mengakui kerjaya seninya agak perlahan selepas insiden dia dipukul oleh pengarah Azma Aizal Yusoof ketika menjalani penggambaran drama berjudul Dawai Asmara pada 2 November tahun lalu.

Jelas Ika, sejak kejadian itu dia masih menerima tawaran lakonan namun lebih tertumpu kepada projek telefilem selain banyak membuat kemunculan di acara-acara hiburan.
"Saya kini sudah kembali aktif sepenuhnya dan tidak mahu lagi mengenang kejadian tersebut memandangkan Azma pun sudah meminta maaf dan saya pun tidak menyimpan sebarang dendam terhadapnya.
"Selepas kejadian saya banyak ambil telefilem dan kini saya mula ambil tawaran drama bersiri dan jadual pun mula padat," katanya.

Menghitung Hari! Ika Nabella Bakal Nikah Julai Depan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.