Saturday, June 25, 2016

MENGERIKAN! Lagi Kes Mercun, Remaja Hancur Tiga Jari Kanan

KOTA BHARU 25 Jun - Seorang remaja lelaki hancur tiga jari kanannya setelah mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Nik Rashidi Azman, 17, dikatakan bermain mercun itu bersama adiknya, Nik Ridwan Azman, 15, di kawasan rumah jiran mereka.



Menurut ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, ketika kejadian, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan oleh Nik Ridzwan bahawa jarinya abangnya berdarah akibat mercun tersebut.
“Anak saya kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) semalam untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini hari ini.

Sumber Utusan Online

MENGERIKAN! Lagi Kes Mercun, Remaja Hancur Tiga Jari Kanan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.