Thursday, June 30, 2016

MENGEJUTKAN! Mayat Bayi Lelaki Ditemui Bersama Sekeping Nota

Gopeng: Mayat bayi lelaki masih bertali pusat bersama sekeping nota dijumpai di Masjid Jamek Baru Gopeng, di sini, jam 10.15 malam tadi.

Pengerusi masjid, Azizuddin Shah berkata, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh seorang jemaah selepas selesai solat terawih.


Katanya, mayat bayi itu ditemui di atas penapis air dalam keadaan dibaluti dengan kain batik berwarna merah dan dimasukkan dalam beg plastik.


Menurutnya, jemaah itu pada mulanya tidak menyangka terdapat mayat bayi di dalam beg plastik itu sebelum menemui sekeping nota bertulis 'Assalamualaikum, Minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.

"Mayat bayi itu dibalut dengan kain batik dan kami menemui nota yang diselitkan di dalam plastik berkenaan meminta kami menguruskan jenazah bayi itu.
"Saya kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sumber Harian Metro 

MENGEJUTKAN! Mayat Bayi Lelaki Ditemui Bersama Sekeping Nota Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.