Tuesday, June 28, 2016

MENARIK! Nama Anak sulung TMJ Didedahkan

JOHOR BAHRU: Anak sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam telah diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.

Perkara ini telah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Beliau berkata, pasangan diraja itu bersama-sama dengan puteri mereka telah selamat pulang ke Istana Bukit Pelangi pada Isnin dari Hospital Sultanah Aminah di sini.
"Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan," katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers, Isnin.
Bayi perempuan itu dilahirkan di wad diraja Hospital Sultanah Aminah, Sabtu lalu.



Puteri itu adalah cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail, 32, yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Khaleeda, 23, telah berkahwin pada Oktober 2014.

MENARIK! Nama Anak sulung TMJ Didedahkan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.