Wednesday, June 29, 2016

Letupan Bom Pusat Hiburan Di Puchong, Polis Dedah MOTIF SEBENAR Kejadian!

Dendam dipercayai menjadi motif utama kejadian letupan di pusat hiburan Movida di Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, yang mengakibatkan lapan individu cedera termasuk seorang parah.

Sehubungan itu, polis menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada serangan pengganas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi tersebut, kelapan-lapan mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita termasuk seorang wanita warga China berusia 30-an itu duduk di bahagian luar premis hiburan tersebut sebelum dikejutkan denngan satu letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan. 

Difahamkan, seorang lelaki dan isterinya yang berasal dari China mengunjungi premis hiburan tersebut untuk berjumpa dengan empat lagi rakan mereka manakala sepasang suami isteri sedang menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati bahan letupan yang digunakan adalah bom tangan.


Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak forensik bagi mengenal pasti jenis sebenar bahan letupan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian tersebut dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal sebelum salah seorang daripada suspek membaling satu objek dipercayai bom tangan ke arah kawasan yang diduduki mangsa. Menurutnya, suspek kemungkinan menyasarkan salah seorang daripada mangsa.
“Siasatan kita menjurus ke arah gengsterisme dan balas dendam kerana mengikut cara objek dipercayai bom tangan itu dibaling, ia bukan untuk merosakkan perniagaan tersebut atau pengganas.
“Kejadian ini juga tiada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kita telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu,” katanya.
ARTIKEL MENARIK:-  Genap 6 Tahun Pemergian Achik Spin, Inilah Gambar Terkini Puteri Arwah Yang SANGAT COMEL!!!


Megat Mohd. Aminuddin memberitahu, ketika kejadian, hanya lapan mangsa yang duduk di bahagian luar premis tersebut manakala pelanggan lain duduk di bahagian dalam premis.

Jelasnya, premis hiburan tersebut dilengkapi dengan 22 kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di bahagian luar iaitu tempat kejadian.
“Kita sedang meneliti rakaman CCTV di bahagian luar premis tersebut dalam usaha mendapatkan imej suspek. Bagaimanapun, kita akan cuba mendapatkan rakaman CCTV daripada premis-premis yang berdekatan serta daripada lebuh raya,” ujarnya.
Sumber Utusan Online 

Letupan Bom Pusat Hiburan Di Puchong, Polis Dedah MOTIF SEBENAR Kejadian! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.