Tuesday, June 7, 2016

Lelaki Pedofilia Penjenayah Seksual Kanak-Kanak Akhirnya Terima Habuan Lumayan Dari Mahkamah!

PETALING JAYA: Pesalah pedofilia, Richard Huckle dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah di London selepas mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan penderaan seks membabitkan kanak-kanak di Malaysia, menurut laporan media.

BBC pada Isnin melaporkan bahawa warga Britain berusia 30 tahun dari Ashford, Kent itu mengaku melakukan kesalahan terhadap mangsa berusia antara enam bulan dan 12 tahun, antara 2006 hingga 2014.



Dia dikenakan 22 hukuman penjara seumur hidup dan akan dipenjara bagi tempoh sekurang-kurangnya 23 tahun.

Kebanyakan jenayah itu dilakukan ketika dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris dan jurugambar di Malaysia antara 2005 dan 2014.

Beliau ditangkap dengan lebih 20,000 imej penderaan seks kanak-kanak dan mengaku melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Gatwick, London sewaktu pulang ke tanah air untuk menyambut Krismas pada Disember 2014.

Lelaki Pedofilia Penjenayah Seksual Kanak-Kanak Akhirnya Terima Habuan Lumayan Dari Mahkamah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.