Saturday, June 18, 2016

Kisah Sebenar Disebalik Viral Gambar Budak Lelaki Digigit Cicak Tokek

Jakarta: Seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila bibirnya digigit cicak tokek selepas dia cuba mencium reptilia berkenaan.

Gambar budak lelaki berusia 10 tahun menangis dengan seekor cicak tokek tergantung di bibirnya mula viral di Internet selepas dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan, tetapi cicak berkenaan dikatakan menggigit bibir budak itu selepas dia mencium haiwan berkenaan.


Bagaimanapun, pemilik gambar itu tidak memberitahu bagaimana budak lelaki itu melepaskan bibirnya daripada cicak berkenaan.

Gambar itu juga mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang memberi pelbagai cara untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan.
“Kasihan anak kecil ini digigit Tokek. Tunggu bunyi petir barulah tokek ini lepaskan gigitannya,” kata pengguna dikenali sebagai Nur Sidik.
ARTIKEL MENARIK:- (VIDEO) Doktor Post Mortem Mayat Budak, Apa Yang Dijumpai Dalam Badannya Buat Ramai Marah... KEJAM!

Seorang lagi pengguna, Marlinda Thea pula memberitahu, ada beberapa cara untuk melepaskan gigitan cicak berkenaan tanpa menyakiti haiwan itu.
“Letakkan haiwan itu di tanah dan biarkan ia tenang. Dia pasti melepaskan gigitan.
“Cara kedua, letak tokek itu di atas dan picit perutnya perlahan-lahan sehingga ia membuka mulut,” katanya.

Kisah Sebenar Disebalik Viral Gambar Budak Lelaki Digigit Cicak Tokek Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.