Thursday, June 9, 2016

Kementerian Kesihatan Sudah Ambil Keterangan Doktor Rawat Gigi Menantu TPM

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan sudah mengambil keterangan doktor yang menjalankan rawatan gigi terhadap menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, 1 Jun lalu. 

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut undang-undang Kawalan Amalan Perubatan Swasta. 
"Bagaimanapun, punca kematian belum dikenal pasti dan siasatan masih lagi dijalankan," katanya selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini. 

Isnin lalu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan kes kematian Syed Alman Zain, 44, dijangka dilengkapkan dalam minggu ini. 


Sementara itu, mengulas mengenai keadaan Ahmad Bashah, Dr Hilmi berkata, sebahagian daripada usus besar Menteri Besar Kedah itu terpaksa dibuang kerana mengalami pendarahan. 
"Beliau kini sudah mula minum dan dijangka dibenarkan keluar dari HPP antara tujuh hingga 10 hari lagi dan buat sementara waktu, Ahmad Bashah masih ditempatkan di wad ICU," katanya.

Kementerian Kesihatan Sudah Ambil Keterangan Doktor Rawat Gigi Menantu TPM Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.