Wednesday, June 1, 2016

Kecoh Kononnya Ikan Keli Makanan Paling kotor Di Dunia, Jabatan Perikanan Malaysia Tampil Beri Penjelasan!

Beikutan viral di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di dunia, dimana mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), orang ramai mula meragui tahap kebersihan ikan berkenaan yang mana menjadi makanan kegemaran rakayat Malaysia.

Susulan itu, tampil pihak Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) bagi menjawab persoalan ini dimana mereka menafikan berhubung perkara tersebut.

Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.


Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.


Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.
"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.
Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.
"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.
Jadi ternyata apa yang disebarkan dan menjadi viral sebelum ini hanyalah khabar angin dan rekaan semata-mata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kecoh Kononnya Ikan Keli Makanan Paling kotor Di Dunia, Jabatan Perikanan Malaysia Tampil Beri Penjelasan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.