Thursday, June 16, 2016

Kecoh Kafe Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa, Nora Danish Beri Penjelasan!

Pelakon Nora Danish menyangkal laporan kafe miliknya Kopi & XOXO yang diusahakan bersama rakan kongsi di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang tinggi.

Menurut Nora, penutupan itu terpaksa dilakukan kerana kafe berkenaan selama ini hanya menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik sudah tidak lagi beroperasi.
"Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.
"Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.
"Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa," katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, sebagai ganti, dia telah membuka dua buah cawangan kafe tersebut masing-masing di Taman Tun Dr Ismail di sini dan Bangi, Selangor baru-baru ini.



Jelasnya, dia kini banyak menghabiskan masa di kafe berkenaan bagi mempromosikan makanan dan minuman yang dijual bagi menarik perhatian pelanggan.
"Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi lain berani buka dua cawangan sekali gus.
"Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan juga cukup menggalakkan terutamanya di Bangi.
"Saya memang sibuk menguruskan kafe buat masa ini sehingga masa bersama keluarga juga agak terhad," jelasnya.

Kecoh Kafe Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa, Nora Danish Beri Penjelasan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.