Thursday, June 2, 2016

Jenazah Menantu TPM Zahid Hamidi Selamat Dikebumikan

KAJANG: Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira 10 pagi tadi. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi jenazah di Surau An-Nur, Country Heights, sebelum solat jenazah disempurnakan ratusan jemaah. 
"Takziah kepada keluarga Datuk Seri Ahmad Zahid_Hamidi atas pemergian menantu beliau, Datuk Syed Alman Zain. "Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitter dan Facebook beliau.

Ahmad Zahid baru tiba di tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun. Beliau dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis menyambut ketibaan Najib dan Rosmah di surau itu kira-kira jam 8.45 pagi. 

Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:- TAKZIAH! Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia, Punca Sebenar Kematian Didedahkan

Sekitar pengebumian Syed Alman Zain Syed Alwi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri. 

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Jenazah Menantu TPM Zahid Hamidi Selamat Dikebumikan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.