Saturday, June 4, 2016

Ibu Bapa Lepas Kemarahan Di FB Selar Jenayah Seksual Lelaki Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak

PETALING JAYA: Ibu bapa menggunakan laman Facebook bagi melepaskan kemarahan mereka dengan mengutuk penjenayah seksual kanak-kanak, Richard Huckle.

Ramai yang menyifatkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap lelaki pedofilia berusia 30 tahun itu tidak setimpal dengan segala tindakannya terhadap kanak-kanak.


Wan Royaha Wan Hussein kecewa dengan keinginan Huckle yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa aktiviti tidak bermoralnya.
"Anda adalah seorang syaitan yang menyamar! Neraka untuk anda," kata ibu berkenaan.
Bridge Lai, ibu kepada dua anak kecewa dengan atas nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa Huckle.


Dia menyifatkan Huckle sebagai seorang yang licik untuk menipu ibu bapa dan kanak-kanak.

Sementara itu Ganes Thangasamy, bapa kepada dua orang anak hairan mengapa maklumat lanjut tidak diberitakan kepada pihak berkuasa Malaysia.
"Saya tertanya-tanya mengapa Australia tidak pernah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia," kata beliau.
Serena Siew Ming Lye juga mempersoalkan mengapa polis Australia tidak bekerjasama secara langsung dengan polis Malaysia.

Sumber Mstar Online

Ibu Bapa Lepas Kemarahan Di FB Selar Jenayah Seksual Lelaki Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.